Sunday, December 27, 2020

Selamat datang... tetapi mengapa dan kenapa?

Mengapa aku menulis blog? ya aku pon tak berapa pasti tetapi... 

    Disebabkan aku tak berapa pandai bercakap depan kamera.. (dalam Youtube channel aku) so aku boleh la bercakap melalui penulisan ni. Sekurang-kurangya tersampai hajat untuk berkonsi pelagai perkara mengenai perjalan/pegalaman aku mengembara & melawati tempat-tempat yang akan atau yang telah aku pergi. Perkara apa? semestinya pengalaman, review, dan informasi mengenai setiap tempat menarik yang kita pergi lah.. aku sukakan alam semula jadi so dalam pengembaraan aku, aku banyak ke tempat  yang lebih nature, berbanding travel bercuti ke hutan batu atau ke cafe2 hipster.

    Mengapa pulak aku nak berkonsi pelbagai-bagai perkara tadi? haha yaa sebabnya aku sendiri suka dan memerlukan perkara-perkara tersebut dari blogger atau youtuber yang lain. Setiap kali aku terbaca atau terlihat tempat-tempat menarik untuk pergi bercuti, camping, ride, dan sebagainya dalam dunia maya ni, semestinya aku juga memerlukan info-info supaya aku juga dapat kesana. Kadang-kadang terpaksa research lebih kerana tengok gambar tempat best-best warga maya ni share, tapi tak tahu diamana & tak tertulis pon apa-apa info yang berkaitan.. apa salah shere la sikit baru lah kita-kita ni dapat info & boleh la pergi lepas ni kan, tak salah kan hehe.

    Seperti dikatakan tadi, aku tak pandai sangat  bercakap depan kamera, so dalam youtube channel aku aku takda membebel sangat macam youtuber lain yang berkemahiran bercakap dengan smooth & confident. So disini jugak aku boleh la sertakan video dari youtube channel aku, so lebih menarik lagi bila setiap info disertakan dengan link video yang lebih pastinya menampakan gambaran yang jelas. Kira boleh la promote youtube channel aku sekali.. haha.

Akhir kalam, diharap dapat kita berkonsi pengalaman serta info-info seperti yang aku cakapkan tadi. Dunia semakin hampir ke penghujung, sebalum semuanya musnah dirosakan oleh kuasa teknologi yang semakin canggih dan ketamakan kapitalis yang semakin menggila, then lets go and explore!

No comments:

Post a Comment

Motorcycle camping: Greenstone campsite, Padang Rengas Kuala Kangsar

 Assalamualaikum & salam sejahtera semua!     Kali ini kami meneruskan lagi pengembaraan motocamping kami ke satu tempat menarik di Pada...