Assalamualikum & Hello!
Sewaktu tempoh PKPB lalu, aku dah usyar satu tempat camping ni, Teluk Batik campsite di Lumut Perak. Dah lama tak keluar berjalan, ride & travel ni, memang sangap la org kata kan haha. Sejujurnya memang tak pernah tahu tentang kewujudan tempat ni sebelum ni. So membara la keinginan nak camping sana. Tapi satu masalah timbul, sebab tempat ni memang kurang review dalam internet. Aku macam terkejut jugak sebab dah la lama tak kesana, dan bila masa pulak ada camsite nih. Jenuh jugak la mencari info seperti nombor telefon atau website untuk booking tapak kemahkan. Kalau main langgar je karang takut penuh pulak.
Saksikan video camping di Teluk Batik campsite di Youtube channel:
Setelah hampa tak terjumpa satu pon informasi tentang contact untuk dihibungi, so bertekad la memang kena main langgar je la. Ambik cuti, prepair barang-barang semua dan let's go!. 13 disember 2020 yang lalu kami pergi. Seperti biasa mamang aku akan pergi dengan sorang kawan ni so kami berdua je la yang pergi. Nak ajak ramai-ramai karang takut tak jadi pulak maunya tempat tu tutup ke.
Persiapan semua dah selesai, so bergerak lah kami menunggang motosikal sahaja. Nama pon motocamping, dah tentulah naik motor kan. Aku dengan Yamaha FZ150i aku dan member sorang ni dengan Ysuku dia. Packing barang dah macam nak pindah rumah. Pelik orang lalu lalang tengok.
Sampai je sana memang kami terus je terjah ke office dia. Memang tak susah nak cari pon tempat nya. Cari je pondok guard yang kutip bayaran masuk tu kami tanya je, dia terus tunjukan tempatnya. Sementara tunggu orang yang uruskan kutipan yuran tapak kemah tu, kami amik la masa meninjau-ninjau kawasan campsite tu. memang luas, sesuai untuk kereta atau caravan. Selalunya tengok memang kaki caravan yang camping sini dalam facebook.
Dapat berjumpa dengan petugas tersebut dah tanya macam-macam, memang katanya nak datang sini kira walk in je sebab mamang ada je orang dalam office tu kalau nak buat sewaan tapak. Selesai bayaran, agak mahal jugak RM40 untuk satu mator so kami ada dua motor jadi la RM80. Tak kisah lah sebab dah sampai pon, lagipon selalunya orang yang datang dengan kereta atau caravan ni memang takda masalah sebab untuk RM40 satu kenderaan memang berbaloi lah sebab ramai dalam satu kenderaan kan. Tambahan RM10 lagi untuk plug point dan RM10 lagi kalau nak bonfire. Campsite ni terbahagi kepada 2 bahagian yang ada plug point dan yang tiada plug point. So korang pilih nak yang mana satu. Tempat memang luas tak payah gaduh-gaduh. Kami memilih untuk berkhemah di tempat tiada plug point disebabkan dia jauh dari camper yang lain, jadi lebih privercy lah sikit. Cuma malam tu gelap lah sikit sebab area situ tiada lampu disediakan. Tandas pon dah ada tak jauh dari campsite, tetapi guna tandas awam lah perlu bayar setiap kali masuk kecuali waktu malam memang dibuka khas untuk camper-camper disitu. Kata bercamping kan memang bab macam ni kena telan je kalau tempat mandi or membuang tu kurang selesa sikit. Semestinya camper-camper semua dah biasa kan.
Spot dah pilih so apa lagi, boleh la setup flysheet dulu buat tempat berteduh dan tempat nak letak barang-barang kami. Lagipon tempat pilihan kami ni tiada pokok memang atas pasir pantai dan tambahan lagi cuaca tak la berapa baik sebab awan gelap dari tadi mengekori kami. Flaysheet 15feet x 12feet aku ni rasanya dah cukup luas untuk tampung kami berdua ni. Nak masukan khemah 2 person kami ni 2 bijik pon masih ada ruang untuk lepak-lepak dan ruang memasak.
Selesai setup flysheet & ground sheet, boleh la park barang-barang dalam tu dan apa lagi... boleh la rest baring-baring dulu. Memandangkan awan yang gelap tadi dah berlalu pergi, so panas matahari pulak yang datang. Selamat tiupan angin laut dan shade dari flysheet tadi ada..so agak selesa lah. Minum-minum dulu nanti dah petang sikit baru kami pasang khemah. Sebelum pasang kemah tu member sorang ni ke pekan dulu mencari barang-barang untuk masak malam ni. Hakikat bermotocamping ni mmg space untuk bawak barang agak limitedlah. So kami terpaksa la turunkan barang dulu, dah kosong motor tu baru boleh beli barang makan pulak. Lagipon nak parking di tempat umum dan tinggalkan moto dengan penuh barang ni agak merbahaya. Nanti macam-macam pulak yang hilang... naya..
Barang makan dah dibeli, kalini beli simple-simple je, telur, nugget, mee segera dan ayam mentah separuh ekor untuk buat bbq malam nanti. Takda lagi benda yang menyeronokan bila camping ni bila tiba time bbq. Memang aktiviti wajib aku setiap kali camping. Ayam tu diperap dulu pakai sos tiram dan kicap lemak manis je, memang abis simpel sangat, dan perap biar sampai malam nanti. Tetapi awas! jangan langsung tinggalkan barang-barang basah terdedah dekat kawasan kemah tu. Sini para kera-kera liar menanti kelekaan anda semua haha.. Dah la kami jauh dari orang lain so kawasan kemah kami dah menghala ke kawasan hutan di belakang camsite tu. Situ memang port kera bermain-main pon. so semua barang basah kami lock dalam topbox GIVI aku, so memang secure tak perlu risau sebab tidak akan mengundang bau untuk jadi bahan tarikan buat kera-kera sekalian.
Disebabkan pantai Teluk Batik ni berada di pantai barat semenanjung Malaysia, dapat la kita menyaksikan pemandang sunset pada waktu senja. Satu kenikmatan menyaksikan keindahan alam ni pada waktu yang betul. Aku ambil kesempatan ni untuk mandi laut, memandangkan orang pon dah semakin berkurangan pada waktu ni. Sementara menunggu malam itulah aktiviti kami disana. Semua pengunjung menikmati waktu petang ditepi pantai berjalan, mandi laut, berkelah bersama keluarga, dan tak kurang jugak yang datang memancing disitu memandangkan kawan campsite ni berada pada hujung teluk, so kebiasaan hujung teluk ni dipenuhi batu-batu dan memang sesuai untuk para pemancing. Rasa rugi pulak tak bawak pancing tapi datang bermotocamping ni memang luggage agak limited.
Setibanya malam, kawasan campsite kami dah jadi semakin gelap! lampu dinyalakan dan okey, cukup-cukup je menerangi kawasan kemah kami. Bermula la aktivi memasak & memanggang kami. Bila buat aktivi camping ni, mamang acara memasak ni menjadi acara kesukaaan sekelian camper. Arang ketul dari camping yang lepas still aku bawak dengan kuantiti berpada-pada so jadila untuk memanggang ayam separuh ekor yang sudah diperap tadi. Sambil memanggang, sambil bersembang kena pulak dengan angin laut memang seronok. Kepada yang biasa dengan aktiviti macam ni memang tau la nikmat dia.
Keesokan harinya kami bersedia untuk pulang. Kami camping disini cukup untuk satu malam sahaja. Bangun je dari tidur, berjalan-jalan sekitar pantai dan seterusknya masak la sikit untuk breakfast. Benda yang sama juga, nugget, scramble egg dengan roti dan leftover ayam semalam tu aku panaskan balik. berisap-siap untuk pulang. Sebelum matahari naik meninggi kami dah packing semua barang, bersihkan kawasan kemah dan bergerak pulang.
So selesai melepaskan gian setelah sebulan berPKPB buat kali kedua. Rasanya port camping disini boleh dijadikan tempat untuk beginner memandangkan semua tersedia dan kawasan selamat. Sesuai jugak untuk yang bercadang untuk bercamping bersama keluarga.
Jadilah dekat-dekat ja sebab nak merentas negeri pon tak boleh lagi. Nanti next motocamping kita share lagi dan masih ada lagi tempat yang belum aku postkan. Thanks buat yang sudi mambaca and until next time!
Bye!
Saksikan video camping di Teluk Batik campsite di Youtube channel:


No comments:
Post a Comment