Assalamualaikum & salam sejahtera semua!
Kali ini kami meneruskan lagi pengembaraan motocamping kami ke satu tempat menarik di Padang Rengas, Kuala Kangsar Perak DR. Suatu tempat yang tidak berapa jauh dari kawasan penempatan, namun cukup menarik untuk diterokai bagi kaki kamper sekalian kerana kedudukanya di kawasan kaki bukit yang mempunyai sungai yang menarik dan kawasan sekeliling yang diliputi hutan serta jalan masuk yang sedikit “offroad”.
Campsite tersebut bernama Greenstone campsite, sesuai dengan tempatnya yang mempunyai sungai yang berbatu dan hutan disekelilingnya yang menghijau!.. rasanyala hehe. Kawasan ini hanyalah berjarak 14km dari bandar Kuala Kangsar (22 minit) dan dari jalan besar (pekan Padang Rengas) me nuju ke kawasan campsite hanyalah sejauh 2.3km.
Baik, sebaik sahaja sampai ke pekan Padang Rengas, tempat pertama untuk dituju ilalah tempat untuk makan tengah hari. Memandangkan masih awal lagi untuk terus menerjah masuk ke kawasan perkemahan, so baiknya kami makan tengah hari dulu. Warung Pak Munawer menjadi tempat pilihan, yang termyata menyajikan dengan makan yang best, set nasik dan ikan keli menjadi pilihan. Terdapat juga kambing bakar disitu! Selesai makan moh ke Greenstone campsite!
Untuk memasuki ke campsite ini, dari jalan besar perlu melalui satu kawasan perumahan, dan dihujungnya barulah segalanya bermula... haha. Anda akan melalui sebuah terowong kecil yang diatasnya ialah lebuhraya Plus Utara-Selatan. Jalan agak teruk dikawasan ini, tetapi ia menambahkan sedikit adventure bagi yang menunggang motosikal seperti kami ni. Jalan berbatu yang melalui kawan ladang getah dan hutan, sememangnya sangat seronok untuk dilalui.
So sampailah kami di Greenstone campsite! Mudah untuk jumpa kerena ada papan tanda di luar kawasan campsite yang mudah untuk menarik perhatian anda. Oleh kerana hari ini hari ahad, so nampaknya ramai rakan-rakan camper yang lain telah siap berkemas untuk pulang. Hanya kami yang baru sampai.
Semangnya menjadi kebiasaan kamper, untuk mandapatkan tapak yang paling hujung dan paling privacy, seperti juga kami. Tambahan pula tapak yang paling hujung disini berada dibawah pokok yang rendang dan redup. Tambahan pula jarak antara tapak khemah dan sungai tidak berapa jauh jadi memang terbaik! Apa lagi mulalah kerja menyiap dan mendirikan khemah untuk hari ini. Penjaga tapak khemah ini juga sangat peramah dan membantu, mulalah kami bersemabang-sembang tentang kawasan ini dan bermacam-macam lagilah. Bunyi air sungai yang mengalir sangat memberi impak disamping bunyi serangga hutan. Disebabkan kami sahaja yang berada disini disamping penjaga tapak khemah.
Oleh kerana kami hanya menaiki motosikal, semestinya tidaklah banyak barangan atau peralatan perkemahan yang boleh kami bawa. Semuanya hanya cukup-cukup untuk pengunaan kami disamping sedikit keselesaan memang dititik beratkan. Hanya dengan khemah masing-masing, alas ground sheet dan atap flysheet dengan beberapa peralatan masakan sahaja yang kami bawa. Tetapi tidak lupa kepasa kerusi camping seorang satu. Kerusi ni menjadi barangan penting kerana mahukan tempat bersandar.
Selesai semuanya, bolehlah kami berehat sambil menikmati alam semulajadi yang memang dicari setiap kali aktiviti serupa ini diajalankan. Sambil minum petang, berbual-bual dan lewat petang semestinya turun ke sungai untuk mandi. Air sungai disini sangat sejuk disebabkan aliran dari kawasan bukit berhampiran. Selain bermandi manda, sungai disini juga menjadi port untuk memancing bagi mereka yang gemar memancing.
Selesai menikmati kesejukan air sungai disini, menjelang maghrib mula lah aktiviti masak memasak kami. Sememangnya aktivi masak memasak ini merupakan aktiviti wajib setiap kali berkamping. Tidak kira lah masakan cincai ala-ala bujang pon boleh sebabnya bukan rasa yang dipentingkan.. just having fun orang putih cakap sambil mengisi perut yang dah lapar ni.
Sejujurnya malam dikawasan kamping ini memang agak sejuk suhunya mungkin kerana keadaan kawasanya di kaki gunung. Memang agak selesa malam kami disini. Kawasan kamping ini menyediakan lampu disekitar kawasan kamping tetapi akan dimatikan dalam pukul 11 malam dan suasana menjadi gelap gelita hanya bertemankan lampu dari kamping kami sahaja. So boleh la buat persiapan apa yang patut sebelum lampu ditutup.
Setelah tidur dengan nyenyakya tampa gangguan, keesokan harinya tibalah masa untuk bersiap pulang. Sebelum menyiapkan sarapan pagi, kami berjalan-jalan disekitar kawasan perkhemahan dahuhlu bagi menikmati suasana pagi disini. Sememagnya nyaman dan segar suasana pagi disini ditambah pula dengan bunyi air sungai yang mengalir serta kicauan burung-burung. Selepas itu baru lah kami bersiap sedia dengan sarapan pagi. Memasak dalam suasan pagi ini memang menyeronokan dan setelah selesai barulah kami turun ke sungai untuk mandi pagi. Semangnya sejuk air sungai disini tambahan pula di waktu pagi. Selesai bersiap semuanya dan boleh la kami berangkat pulang.
So begitulah serba sedikit pengalaman di greestone campsite, Padang Rengas Kuala Kangsar ini. Sejujurnya tempat pilihan kami kali ini memang terbaik dari segi ekonomi, suasana alam sekitarnya dan juga penjaga campsite yang sangat ramah dan membantu. Disini juga amat sesuai untuk aktiviti seisi keluarga kerana keselamatan juga terjamin serta kemudahan yang hampir lengkap.
Bagi yang berminat untuk mencuba campsite ini kami sediakan link untuk menghubungi mereka untuk tempahan:
https://www.facebook.com/GreenStoneCampsite
Kita akan bertemu lagi di ride and camping di masa akan datang. Masih banyak lagi kawasan perkhemahan yang perlu diterokaai. Terima kasih kerana membaca.. chow!

